Friday, 3 August 2012
Friday, 20 July 2012
Monday, 28 May 2012
FAREWELL KOTA KINABALU
Tanggal 14 April 2012 hari terakhir berada di bumi di bawah bayu. Suami tersayang berpindah ke KDN Cawangan Kuala Lumpur. Terima kasih buat semua teman-teman dan juga klien-klien yang disayangi. Kenangan bersama kalian akan kekal di ingatan. InsyaAllah ada ketika, kita akan bertemu lagi.....
Sempat bergambar kenangan di KKIA (Kota Kinabalu International Airport).
| Sufi n Akid perabih Nasi Beriani Ayam | 
| dah sampai KLIA.. | 
Thursday, 12 April 2012
FAREWEL IWCKK....
IWCKK.... memang best bersama kalian... terima kasih atas semuanya... Cik Na, Kak Tie, Kak Emi, Khairul, Yusri, Zack, Dorreen n Daniel.... terima kasih atas perkongsian ilmu... terima kasih kerana menjadi business partner, teman, sahabat dan keluarga di perantauan...
| Butter Cheese Cake made by Kak Hajah Rozilah.. TQ Sis.. yummy... | 
Booth Stadium Likas Kota Kinabalu
Tarikh : 1 April 2012
Acara : Sukan PASTI Kawasan Sepanggar, Kota Kinabalu
Antara aktiviti bulanan yang dijalankan. Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa pelajar Tadika PASTI yang datang memeriahkan sukan anak-anak. Ramai yang berminat dengan Pelan Simpanan untuk Pengajian Tinggi anak-anak. Yalah kan dengan pelaburan permulaan RM1000 dan secara bulanan minimum RM100 sahaja.... simpanan@pelaburan terbaik untuk masa depan anak-anak kita!
Sunday, 25 March 2012
Tuesday, 21 February 2012
KWSP umum dividen 6% 2011
Dibawah adalah berita terkini yang ingin saya kongsikan bersama yang dikeluarkan oleh KWSP.
Dividen 6% adalah yang tertinggi yang dalam sedekad! maksudnya itulah kadar dividen tertinggi hasil daripada pelaburan yang dibuat oleh KWSP. Sebab itu lah bagi pencarum yang aware tentang simpanan hari persaraan digalakkan untuk mengeluarkan 20% dari baki setelah ditolak Simpanan Asas ke dalam dana-dana syariah yang telah diluluskan oleh KWSP dan Kementerian Kewangan. KWSP dah bagi kita pilihan! Keputusan di tangan kita! 
KWSP Isytihar Kadar Dividen 6.00 Peratus Untuk 2011 Tertinggi Dalam Sedekad 
|     Bayaran Dividen RM24.47b daripada   Pendapatan Pelaburan Kasar RM27.24b Lembaga Kumpulan Wang Simpanan   Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan mengisytiharkan kadar dividen   sebanyak 6.00 peratus, tertinggi dalam tempoh 10 tahun untuk tahun kewangan   berakhir 31 Disember 2011. Kadar dividen ini meningkat sebanyak 20 mata asas   daripada 5.80 peratus yang dibayar pada 2010 atau bersamaan RM24.47 bilion   yang diagihkan kepada ahli-ahli KWSP. Dalam satu kenyataan yang   dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Tahun   2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP. Walaupun persekitaran   pelaburan yang mencabar, ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil   strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP berserta dengan usaha   berterusan pasukan pelaburan KWSP.” KWSP terus menunjukkan pencapaian   yang lebih baik pada 2011 dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar   sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010. Bayaran   dividen sebanyak RM24.47 bilion diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas   bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi,   caj berkanun dan bayaran dividen pengeluaran, bertambah sebanyak 13.23   peratus berbanding RM21.61 bilion pada 2010. “Sementara pelaburan berpendapatan   tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP sebahagian   besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam   domestik dan global serta program pengurusan yang aktif. “Prestasi kukuh selepas krisis   kewangan 2008 membuktikan komitmen KWSP dan pendekatan berdisiplin dalam   pelaburan. Walaupun KWSP tidak boleh menjamin dapat mengekalkan prestasi   pelaburan ini dalam suasana ekonomi global dan pasaran tidak menentu, KWSP   komited untuk melindungi dan memberi nilai tambah kepada simpanan persaraan   ahli khususnya dalam menghadapi tekanan inflasi,” kata Tan Sri Samsudin. Setakat 31 Disember 2011, jumlah   aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus   kepada RM469.22 bilion daripada RM440.52 bilion pada tahun sebelumnya.   Pertumbuhan ini disumbangkan sebahagian besarnya oleh caruman tahunan bersih   yang positif daripada ahli dan majikan serta prestasi pelaburan yang   konsisten dan menggalakkan.  Selaras dengan tumpuan untuk   memberikan pulangan yang stabil bagi jangka panjang, KWSP terus melabur   sebahagian besar aset pelaburannya atau 60.79 peratus dalam instrumen   berpendapatan tetap yang berisiko rendah dan stabil. Sejajar dengan   pendedahan risiko yang boleh diterima, 35.64 peratus jumlah aset dilaburkan   dalam Ekuiti sementara baki 3.18 peratus dan 0.39 peratus diperuntukkan   kepada Instrumen Pasaran Wang dan Hartanah. (Rujuk Lampiran 1, Jadual 1). Ekuiti merupakan penyumbang   pendapatan terbesar sebanyak RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada   keseluruhan pendapatan pelaburan. Ini diikuti oleh Pinjaman dan Bon, Sekuriti   Kerajaan Malaysia dan Instrumen Pasaran Wang, masing-masing menyumbang RM7.54   bilion, RM5.63 bilion dan RM656.36 juta. Baki sebanyak RM115.41 juta atau   0.43 peratus disumbangkan oleh Hartanah dan Pendapatan Pelaburan Lain. (Rujuk Lampiran 1, Jadual 2). “Oleh kerana pegangan KWSP banyak   tertumpu dalam aset berpendapatan tetap, sebahagian besar pulangan   dipengaruhi oleh arah aliran kadar faedah. Dalam persekitaran kadar faedah   yang rendah, ia merupakan satu cabaran kepada KWSP untuk memaksimumkan   pulangan. Justeru, KWSP telah secara beransur-ansur dan berhati-hati beralih   kepada aset yang memberikan pulangan lebih tinggi dengan had risiko yang   boleh diterima.  Strategi ini telah memberikan kesan yang baik, melebihi   jangkaan KWSP kerana berjaya mengatasi kadar simpanan tetap  dan faedah   semasa,” kata Tan Sri Samsudin.  “Salah satu pencapaian utama   aktiviti pelaburan KWSP pada 2011 ialah penyelesaian pengambilalihan bersama   (dengan Kumpulan UEM) PLUS Expressway Berhad melalui  syarikat pelaburan   bersama PLUS Malaysia Sdn. Bhd. Selain itu, KWSP juga telah meluaskan   pelaburan global dalam Hartanah, Ekuiti dan Sukuk. Perluasan ini adalah   selaras dengan objektif dan strategi pelaburan yang berpandukan Alokasi Aset   Strategik dan Rangka Kerja Pengurusan Risiko KWSP,” tambah beliau. Berikutan bilangan ahli yang   bertambah, sebanyak RM4.08 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu   peratus kadar dividen pada 2011. Ini merupakan peningkatan sebanyak 9.44   peratus berbanding RM3.73 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus    kadar dividen bagi tahun 2010. (Rujuk Lampiran 2, Carta 1). Amaun yang diperlukan untuk membayar satu peratus dividen   akan terus meningkat 8 hingga 9 peratus setiap tahun. “KWSP  menjangka saiz dana   akan mencecah setengah trilion ringgit menjelang akhir tahun ini atau pada   awal tahun hadapan. Sebagai sebuah dana persaraan, KWSP berpegang teguh   kepada objektif pelaburan jangka panjang dan strategi pelaburan berhemah   untuk kepentingan persaraan ahli,” kata Tan Sri Samsudin. Ahli boleh mendapatkan Penyata   Kira-kira KWSP mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2011 melalui Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 20 Februari 2012. Mengenai Kumpulan Wang Simpanan   Pekerja (KWSP)  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya. Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan   pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk   keselesaan ahli dan majikan berdaftar. KWSP akan terus memainkan   peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras   dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia. Tarikh : 19 Februari 2012  |   
Tuesday, 14 February 2012
SEMINAR CROSS SELLING TO SUCCESS
Jumaat lepas saya berkesempatan menghadiri Seminar Cross Selling To Success oleh En. Hamid (Agency Manager). Banyak info dan motivasi yang diserap sepanjang 9am - 5pm. Thanks a lot to En. Hamid. Perkongsian ilmu oleh individu yang dah berjaya ni lain auranya. Setiap orang punya latarbelakang yang berbeza, pengalaman yang berbeza walaupun dalam industri yang sama, punya pendapat dan cara masing2, cuma yang paling penting dan yang sama adalah matlamat untuk BERJAYA!
Antara gambar yg sempat sy ambil sepanjang seminar.
Sebenarnya RM20 dikenakan sebagai yuran seminar ni... tapi alhamdulillah saya ada Training Vaucher yang saya dapat sempena Sales Kick Off 2011. (RM10 x 34 keping = RM340). Best kan dapat join seminar free... perkongsian ilmu dalam seminar pulak tak ternilai harganya!
Banyak benefit menanti semua UTC di seluruh Malaysia. Mulakan langkah sekarang! (motivate diri sendiri nih).....
Antara gambar yg sempat sy ambil sepanjang seminar.
Sebenarnya RM20 dikenakan sebagai yuran seminar ni... tapi alhamdulillah saya ada Training Vaucher yang saya dapat sempena Sales Kick Off 2011. (RM10 x 34 keping = RM340). Best kan dapat join seminar free... perkongsian ilmu dalam seminar pulak tak ternilai harganya!
Banyak benefit menanti semua UTC di seluruh Malaysia. Mulakan langkah sekarang! (motivate diri sendiri nih).....
Subscribe to:
Comments (Atom)






