Tuesday, 15 November 2011

Compound Interest : Artikel Irfan Khairi

Compound Interest – Rahsia Menjadi Jutawan  
                  
Di bawah ini adalah satu artikel tentang compound interest yang telah ditulis oleh Jutawan Internet, Dr. Irfan Khairi.
Semoga ianya dapat membuka minda kita semua tentang kuasa compound interest dan seterusnya dapat mempraktikkannya di dalam kehidupan kita.

Compound Interest – Senjata Jutawan : Irfan Khairi

Sering saya ditanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”

Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana didalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya… tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM14,600.
Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.

Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.
RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?


Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)

Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat mudah. Katanya, compund interest adalah “the greatest invention of all time”.
Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu  boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa compound interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12%  (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual Fund). (Kenapa tidak memilih Public Mutual Islamik Description: :wink:)

Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!
Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!

Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk compound interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek compound interest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun.
Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.
Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun…
Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39
Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 – walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.
Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat – walaupun dua kali ganda.

Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh… tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura  kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!
Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini ke dalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!




Kuasa dan Rahsia Penggandaan (Compounding)  

"Saya Tua Tetapi Tiada Simpanan Dalam Akaun Bank......."
Frasa ini selalu didengar dan diperkatakan. 


Percaya Kepada Kuasa Penggandaan
Albert Einstein seorang pencipta yang hebat dan sinonim dengan kata-katanya:
Compounding interest is man’s greatest invention

Oleh yang demikian, pengajaran daripada kata-kata itu boleh membuatkan anda kaya berbanding sekarang. Adakah anda percaya dengan kata-kata ini?? Mari kita buat beberapa kira-kira mudah:

Umur : 20
Simpanan Bulanan : $100
Tempoh Masa : 120 bulan
Keuntungan Setahun : 10%
Jadi, Selepas 10 tahun; Umur 30 tahun, wang akan menjadi : $21,037.40

Bandingkan dengan ini :

Umur : 25
Simpanan Bulanan : $200
Tempoh Masa : 60 bulan
Keuntungan Setahun : 10%
Jadi, Selepas 5 tahun; Umur 30 tahun, wang akan menjadi : $16,117.46

Lihat perbezaannya apabila anda memulakan dengan satu jumlah minimum tetapi tempoh lebih panjang?

Mula Menyimpan di Peringkat Awal

Peraturan penggandaan akan menjadi lebih berkesan apabila anda mula untuk berjimat di peringkat awal. Penggandaan memakan masa yang lama untuk matang. Bayangkan betapa hebat kesan penggandaan! ‘Masa’ adalah satu-satunya rahsia penggandaan.

Sesetengah orang memaksa diri mereka untuk mengambil insurans dengan pakej simpanan. Pada pendapat saya, simpanan dengan insurans tidak sesuai untuk jangka masa yang panjang. Bayangkan sahaja berapa banyak pulangan insurans dalam setahun? Ini adalah kerana, dalam insurans, wang yang akan dilaburkan hanyalah daripada lebihan daripada kos operasi insurans itu sendiri. Sudah tentulah kentungan yang akan diberikan juga adalah sedikit berbanding unit amanah yang keseluruhan daripada dana yang dikumpulkan adalah untuk dilabur.

Kirakan peratusan, bukannya jumlah

Kita telah membuat kesilapan dengan mengira jumlah pulangan mengikut nombor bukan oleh peratusan. Ya, memang benar anda akan mendapat lebih banyak wang jika melabur dalam rancangan simpanan insurans tetapi adakah anda tahu bahawa ia akan jadi lebih baik jika anda melabur dalam satu lagi pulangan yang berperatusan tinggi berbanding dengan insurans?
Ejen insurans ialah seorang yang mulut manis berkata-kata. Jangan terperangkap.  Kebanyakan syarikat insurans tidak boleh memberi anda yang terbaik jika dibandingkan dengan Unit Amanah seperti ASB atau Public Mutual. Banyak dana yang bagus untuk anda memulakan pelaburan.



BAGAIMANA WANG SIMPANAN RM300 SEBULAN BERTAMBAH MENGIKUT KADAR PULANGAN BERBEZA DLM JANGKAMASA 30 TAHUN

· Tanpa kuasa pengkompounan faedah, simpanan RM 300.00 sebulan hanya meningkat kepada RM 108,000.00

· Pada kadar pulangan tahunan sebanyak lima peratus (5%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 245,609.00 (2.3 kali ganda daripada jumlah pokok)

· Pada kadar pulangan tahunan sebanyak lapan peratus (8%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 425,283.00 (4 kali ganda daripada jumlah pokok)

· Pada kadar pulangan tahunan sebanyak lima belas peratus (15%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 1.69 juta (15.6 kali ganda daripada jumlah pokok)

· Pada kadar pulangan tahunan sebanyak dua puluh lima peratus (25%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 13.14 juta (121.6 kali ganda daripada jumlah pokok)





Kuasa Pengkompaunan ini bergerak perlahan pada awal pelaburan tetapi akan meningkat dengan ketara apabila ia tiba di sesuatu tahap tertentu. 

Ini dengan modal pelaburan sebanyak RM 300 sebulan, bagaimana pula jikalau anda berjaya melabur RM 500.00, RM 800.00 atau RM 1000.00 sebulan, dengan sendiri nilainya berkali-kali ganda meningkat.
Ramai yang tersenyum apabila saya mengajukan pertanyaan kepada bakal pelanggan samada mereka ingin memiliki RM 1 juta pada usia persaraan. Jawapan mereka ringkas dan padat iaitu saya hanya berpendapatan RM 2000.00 – RM 3000.00. Untuk menanggung diri dan keluarga memanglah cukup tetapi untuk menyimpan dan melabur memang sukar.
Sebenarnya ada jalan penyelesaian bagi merealisasikan impian anda. Hubungi perunding kewangan anda yang bertauliah, insyaAllah mereka boleh memberi nasihat yang berguna untuk anda ikuti atau email kepada saya maklumat peribadi anda (Nama,umur, alamat, pekerjaan dan no. Hp) untuk saya hubungi.

1 comment: