Wednesday 26 October 2011

JOM MELABUR : KWSP (AKAUN 1)

"Lebih kurang 70%  daripada penyumbang-penyumbang yang mengeluarkan simpanan KWSP mereka pada usia 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan tersebut dalam tempoh 3 tahun sahaja."
(Sumber: NSTP, 27/12/2008)


Sebenarnya masih ramai lagi pencarum KWSP tidak sedar bahawa mereka juga layak menjadi pelabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP 1996. Di bawah skim ini, anda yang layak boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan KWSP anda dengan institusi-institusi pengurusan dana yang dilantik oleh Kementerian Kewangan termasuklah Public Mutual Berhad. Ini berikutan pindaan Akta KWSP 1991 yang berkuatkuasa mulai November 1996.

Apakah Skim Pelaburan KWSP?

Skim ini membenarkan ahli-ahli KWSP untuk melabur 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1 melalui syarikat pengurusan unit amanah yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.


SIMPANAN ASAS

Simpanan asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.

JADUAL SIMPANAN ASAS

UMUR (TAHUN)
SIMPANAN ASAS (RM)
UMUR (TAHUN)
SIMPANAN ASAS (RM)
18
1,000.00
37
34,000.00
19
2,000.00
38
37,000.00
20
3,000.00
39
41,000.00
21
4,000.00
40
44,000.00
22
5,000.00
41
48,000.00
23
7,000.00
42
51,000.00
24
8,000.00
43
55,000.00
25
9,000.00
44
59,000.00
26
11,000.00
45
64,000.00
27
12,000.00
46
68,000.00
28
14,000.00
47
73,000.00
29
16,000.00
48
78,000.00
30
18,000.00
49
84,000.00
31
20,000.00
50
90,000.00
32
22,000.00
51
96,000.00
33
24,000.00
52
102,000.00
34
26,000.00
53
109,000.00
35
29,000.00
54
116,000.00
36
32,000.00
55
120,000.00
(sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)

MANFAAT MELABUR GUNA AKAUN 1 KWSP

  • Tidak memerlukan tunai : Pelaburan diurusniaga terus dari Akaun 1 KWSP
  • Potensi pulangan lebih tingg: Peluang untuk menikmati pertumbuhan modal sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan untuk meningkatkan jumlah wang KWSP anda.
  • Kepelbagaian: Peluang untuk mempelbagaikan wang persaraan anda dengan dana-dana yang diluluskan oleh KWSP.


BAGAIMANA MELABUR

  • Jumlah yang boleh dilabur adalah 20% daripada baki yang melebihi simpanan asas yang diperlukan dalam Akaun 1
  • Pelaburan minimum adalah RM1,000
  • Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan
  • Caj perkhidmatan seunit - sehingga 3% daripada nilai aset bersih  seunit.

CONTOH: 

Akid berumur 29 tahun. Baki Akaun 1 dalam penyata KWSP terkini beliau ialah RM30,000.
Dengan merujuk kepada Jadual Simpanan Asas di atas, simpanan asas yang diperlukan dalam Akaun 1 adalah RM16,000. 

Pengiraan: (30,000 - 16,000) x 20% = 2,800

Ini bermakna Akid layak mengeluarkan jumlah nminimum RM1,000 dan maksimum RM2,800 daripada simpanan KWSPnya untuk pelaburan dalam dana unit amanah.

Pengeluaran 20% ni, kalau dilaburkan boleh menjanjikan pulangan 10% - 20% setahun... bukankah ia lebih baik daripada mengharapkan pulangan KWSP yang dalam 5%-6% setahun tu... fikir-fikirkanlah... 

..................MAKSIMUMKAN DANA KWSP ANDA SEKARANG!!!!...............






PENJUALAN BALIK DAN KEUNTUNGAN PELABURAN

Penjualan balik pelaburan boleh dilakukan pada bila-bila masa (sebelum tu dapatkan nasihat dari perunding anda dulu...). Bagaimanapun jumlah jualan balik dan keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP anda.

UNTUK MENGETAHUI SAMADA ANDA LAYAK...


  • Semak baki akaun anda di mana-mana Smart Kiosk KWSP di seluruh negara dengan menggunakan MyKad; atau
  • Semak Penyata Akaun KWSP anda yang terkini; atau
  • Layari www.kwsp.gov.my sekiranya anda adalah pendaftar i-Akaun.









No comments:

Post a Comment