PELABURAN TUNAI
Melabur dalam unit trust ni ada dua cara, iaitu melabur secara SEKALI-GUS (lump-sum) atau melabur secara berkala (regular saving).
1) PELABURAN SEKALI-GUS (LUMP- SUM)
Melabur secara sekaligus ni, contohnya kita ada simpanan RM30,000, kita keluarkan dan labur RM30,000 tersebut dalam mana-mana dana syariah yang bersesuaian dengan profil risiko kita.... kemudian kita biarkan 5,10 tahun sehinggalah kita rasa matlamat pelaburan kita dah tercapai, barulah kita jual semula pelaburan itu untuk dapatkan tunai. Kaedah ini sesuai untuk persaraan, pendidikan anak-anak dan juga kepada pelabur yang ingin membeli rumah.
2) PELABURAN SECARA BERKALA (REGULAR SAVING)
Melabur secara berkala ni biasanya untuk tujuan jangka panjang dan pelabur tak perlu risau turun naik harga saham kerana risiko pelaburan anda sudah dipelbagaikan setiap bulan anda melabur (DCA - Dollar Cost Averaging)
Pelabur boleh juga memilih untuk melabur dalam jumlah yang kecil iaitu pelaburan permulaan RM1000 dan kemudian buat potongan bulanan RM100 dari bank anda. (minimun RM100 tapi kalau nak letak lebih lagi bagus...).
Boleh dilakukan secara Direct Debit Instruction (kalau dengan cara ni kita tak lupa..) atau secara manual dengan pergi sendiri ke kaunter Public Bank untuk penambahan pelaburan. Yang paling penting adalah DISIPLIN.
Penambahan secara berkala ni, dalam tempoh yang panjang akan memberi pulangan yang bagus. (Kaedah Dollar Cost Averaging). Kalau anda mendapatkan pandangan dari Financial Planner pun, mesti diaorang sarankan kaedah ni sebab ini adalah kaedah terbaik untuk pelaburan unit trust.
Benefitnya, bila bersara nanti kita ada 200k KWSP dan pelaburan unit trust 500k... ada la jugak simpanan hari tua nanti.
Contoh:
Matlamat - bila bersara nanti nak ada simpanan RM1 Juta. Umur sekarang 25 tahun.
Jadi untuk mencapai matlamat tsbt, anda hanya perlu menyimpan RM300 selama 30 tahun dengan pulangan 12% setahun.... kalau dana agresif mungkin lebih dari itu...
Satu lagi contoh untuk anda renungkan....
Jika anda menyimpan RM100 sebulan dengan kadar faedah 12 peratus setahun:
# Mula menyimpan ketika berumur 25 tahun:
Anda menjana RM979,307 ketika 65 tahun! (Hampir SEJUTA RINGGIT dibank!)
Anda menjana RM979,307 ketika 65 tahun! (Hampir SEJUTA RINGGIT dibank!)
# Mula menyimpan ketika berumur 26 tahun:
Anda menjana RM873,241 ketika 65 tahun! (Anda rugi RM106,066!)
Anda menjana RM873,241 ketika 65 tahun! (Anda rugi RM106,066!)
# Mula menyimpan ketika berumur 30 tahun:
Anda menjana RM551,083 ketika 65 tahun! (Anda rugi RM428,224!)
Anda menjana RM551,083 ketika 65 tahun! (Anda rugi RM428,224!)
Jadi, tidak kira berapa umur anda sekarang, inilah masanya anda mula menyelitkan sedikit wang setiap bulan untuk simpanan dan menjejak langkah jutawan automatik!
Saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, ianya mampu meledak sehingga RM979,307!
PILIHAN di tangan anda..... samada anda hendak jadi JUTAWAN setelah bersara atau masih bekerja untuk menyara hidup di hari tua anda.
TANYA DIRI ANDA SENDIRI.
Sebelum anda melabur dalam mana-mana dana pelaburan Unit Trust anda kena tanya dulu 4 soalan ini?
- Mengapa saya mahu melabur? (Objektif pelaburan anda)
- Berapa lama saya mahu melabur? Nak melabur selama berapa tahun? Short/long term?
- Bolehkah saya menghadapi risiko pelaburan yang saya telah buat? Sejauh mana tahap toleransi risiko saya? Sejauh saya anda sanggup ambil risiko kerugian semata-mata nak dapatkan pulangan tinggi?
- Apakah kedudukan kewangan saya sekarang?
Kalau 4 soalan ini anda dapat jawab maka anda boleh melabur tetapi pastikan anda meminta nasihat daripada perunding-perunding yang bertauliah.
Yang pasti, jika anda ingin melabur duit anda, sekurang-kurangnya tetapkan matlamat anda, kenali tahap toleransi anda terhadap risiko pelaburan dan fahami dana pelaburan anda terlebih dulu.
MAKE SURE YOUR MONEY WORKING AS HARD AS YOU WORK!!!
No comments:
Post a Comment