| Butter Cheese Cake made by Kak Hajah Rozilah.. TQ Sis.. yummy... |
Thursday, 12 April 2012
FAREWEL IWCKK....
IWCKK.... memang best bersama kalian... terima kasih atas semuanya... Cik Na, Kak Tie, Kak Emi, Khairul, Yusri, Zack, Dorreen n Daniel.... terima kasih atas perkongsian ilmu... terima kasih kerana menjadi business partner, teman, sahabat dan keluarga di perantauan...
Booth Stadium Likas Kota Kinabalu
Tarikh : 1 April 2012
Acara : Sukan PASTI Kawasan Sepanggar, Kota Kinabalu
Antara aktiviti bulanan yang dijalankan. Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa pelajar Tadika PASTI yang datang memeriahkan sukan anak-anak. Ramai yang berminat dengan Pelan Simpanan untuk Pengajian Tinggi anak-anak. Yalah kan dengan pelaburan permulaan RM1000 dan secara bulanan minimum RM100 sahaja.... simpanan@pelaburan terbaik untuk masa depan anak-anak kita!
Sunday, 25 March 2012
Tuesday, 21 February 2012
KWSP umum dividen 6% 2011
Dibawah adalah berita terkini yang ingin saya kongsikan bersama yang dikeluarkan oleh KWSP.
Dividen 6% adalah yang tertinggi yang dalam sedekad! maksudnya itulah kadar dividen tertinggi hasil daripada pelaburan yang dibuat oleh KWSP. Sebab itu lah bagi pencarum yang aware tentang simpanan hari persaraan digalakkan untuk mengeluarkan 20% dari baki setelah ditolak Simpanan Asas ke dalam dana-dana syariah yang telah diluluskan oleh KWSP dan Kementerian Kewangan. KWSP dah bagi kita pilihan! Keputusan di tangan kita!
KWSP Isytihar Kadar Dividen 6.00 Peratus Untuk 2011 Tertinggi Dalam Sedekad
| Bayaran Dividen RM24.47b daripada Pendapatan Pelaburan Kasar RM27.24b Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.00 peratus, tertinggi dalam tempoh 10 tahun untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Kadar dividen ini meningkat sebanyak 20 mata asas daripada 5.80 peratus yang dibayar pada 2010 atau bersamaan RM24.47 bilion yang diagihkan kepada ahli-ahli KWSP. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP. Walaupun persekitaran pelaburan yang mencabar, ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP berserta dengan usaha berterusan pasukan pelaburan KWSP.” KWSP terus menunjukkan pencapaian yang lebih baik pada 2011 dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010. Bayaran dividen sebanyak RM24.47 bilion diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi, caj berkanun dan bayaran dividen pengeluaran, bertambah sebanyak 13.23 peratus berbanding RM21.61 bilion pada 2010. “Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam domestik dan global serta program pengurusan yang aktif. “Prestasi kukuh selepas krisis kewangan 2008 membuktikan komitmen KWSP dan pendekatan berdisiplin dalam pelaburan. Walaupun KWSP tidak boleh menjamin dapat mengekalkan prestasi pelaburan ini dalam suasana ekonomi global dan pasaran tidak menentu, KWSP komited untuk melindungi dan memberi nilai tambah kepada simpanan persaraan ahli khususnya dalam menghadapi tekanan inflasi,” kata Tan Sri Samsudin. Setakat 31 Disember 2011, jumlah aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion daripada RM440.52 bilion pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini disumbangkan sebahagian besarnya oleh caruman tahunan bersih yang positif daripada ahli dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan. Selaras dengan tumpuan untuk memberikan pulangan yang stabil bagi jangka panjang, KWSP terus melabur sebahagian besar aset pelaburannya atau 60.79 peratus dalam instrumen berpendapatan tetap yang berisiko rendah dan stabil. Sejajar dengan pendedahan risiko yang boleh diterima, 35.64 peratus jumlah aset dilaburkan dalam Ekuiti sementara baki 3.18 peratus dan 0.39 peratus diperuntukkan kepada Instrumen Pasaran Wang dan Hartanah. (Rujuk Lampiran 1, Jadual 1). Ekuiti merupakan penyumbang pendapatan terbesar sebanyak RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan. Ini diikuti oleh Pinjaman dan Bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Instrumen Pasaran Wang, masing-masing menyumbang RM7.54 bilion, RM5.63 bilion dan RM656.36 juta. Baki sebanyak RM115.41 juta atau 0.43 peratus disumbangkan oleh Hartanah dan Pendapatan Pelaburan Lain. (Rujuk Lampiran 1, Jadual 2). “Oleh kerana pegangan KWSP banyak tertumpu dalam aset berpendapatan tetap, sebahagian besar pulangan dipengaruhi oleh arah aliran kadar faedah. Dalam persekitaran kadar faedah yang rendah, ia merupakan satu cabaran kepada KWSP untuk memaksimumkan pulangan. Justeru, KWSP telah secara beransur-ansur dan berhati-hati beralih kepada aset yang memberikan pulangan lebih tinggi dengan had risiko yang boleh diterima. Strategi ini telah memberikan kesan yang baik, melebihi jangkaan KWSP kerana berjaya mengatasi kadar simpanan tetap dan faedah semasa,” kata Tan Sri Samsudin. “Salah satu pencapaian utama aktiviti pelaburan KWSP pada 2011 ialah penyelesaian pengambilalihan bersama (dengan Kumpulan UEM) PLUS Expressway Berhad melalui syarikat pelaburan bersama PLUS Malaysia Sdn. Bhd. Selain itu, KWSP juga telah meluaskan pelaburan global dalam Hartanah, Ekuiti dan Sukuk. Perluasan ini adalah selaras dengan objektif dan strategi pelaburan yang berpandukan Alokasi Aset Strategik dan Rangka Kerja Pengurusan Risiko KWSP,” tambah beliau. Berikutan bilangan ahli yang bertambah, sebanyak RM4.08 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen pada 2011. Ini merupakan peningkatan sebanyak 9.44 peratus berbanding RM3.73 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen bagi tahun 2010. (Rujuk Lampiran 2, Carta 1). Amaun yang diperlukan untuk membayar satu peratus dividen akan terus meningkat 8 hingga 9 peratus setiap tahun. “KWSP menjangka saiz dana akan mencecah setengah trilion ringgit menjelang akhir tahun ini atau pada awal tahun hadapan. Sebagai sebuah dana persaraan, KWSP berpegang teguh kepada objektif pelaburan jangka panjang dan strategi pelaburan berhemah untuk kepentingan persaraan ahli,” kata Tan Sri Samsudin. Ahli boleh mendapatkan Penyata Kira-kira KWSP mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2011 melalui Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 20 Februari 2012. Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya. Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar. KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia. Tarikh : 19 Februari 2012 |
Tuesday, 14 February 2012
SEMINAR CROSS SELLING TO SUCCESS
Jumaat lepas saya berkesempatan menghadiri Seminar Cross Selling To Success oleh En. Hamid (Agency Manager). Banyak info dan motivasi yang diserap sepanjang 9am - 5pm. Thanks a lot to En. Hamid. Perkongsian ilmu oleh individu yang dah berjaya ni lain auranya. Setiap orang punya latarbelakang yang berbeza, pengalaman yang berbeza walaupun dalam industri yang sama, punya pendapat dan cara masing2, cuma yang paling penting dan yang sama adalah matlamat untuk BERJAYA!
Antara gambar yg sempat sy ambil sepanjang seminar.
Sebenarnya RM20 dikenakan sebagai yuran seminar ni... tapi alhamdulillah saya ada Training Vaucher yang saya dapat sempena Sales Kick Off 2011. (RM10 x 34 keping = RM340). Best kan dapat join seminar free... perkongsian ilmu dalam seminar pulak tak ternilai harganya!
Banyak benefit menanti semua UTC di seluruh Malaysia. Mulakan langkah sekarang! (motivate diri sendiri nih).....
Antara gambar yg sempat sy ambil sepanjang seminar.
Sebenarnya RM20 dikenakan sebagai yuran seminar ni... tapi alhamdulillah saya ada Training Vaucher yang saya dapat sempena Sales Kick Off 2011. (RM10 x 34 keping = RM340). Best kan dapat join seminar free... perkongsian ilmu dalam seminar pulak tak ternilai harganya!
Banyak benefit menanti semua UTC di seluruh Malaysia. Mulakan langkah sekarang! (motivate diri sendiri nih).....
PUBLIC MUTUAL ONLINE
Kini anda boleh buat urusan pelaburan Public Mutual anda secara online. Perkhidmatan secara online yang disediakan ialah:
1 Pertanyaan Online:
1.1 Ringkasan Akaun
1.2 Maklumat terperinci transaksi
2 Muat turun:
2.1 Muat turun e-penyata
2.2 Muat turun laporan tahunan/suku bulanan
3 Pelaburan secara online:
3.1 Pelaburan permulaan utk akaun baru
3.2 Pelaburan tambahan untuk akaun pelaburan sedia ada
4 Permohonan Transaksi secara online
4.1 Penukaran ke dana lain
4.2 Penebusan unit
5 Kemaskini Maklumat Peribadi secara online
5.1 Tukar password
5.2 Tukar alamat
5.3 Tukar arahan agihan pendapatan
5.4 Pendaftaran akaun bank
1. Boleh dapatkan salinan borang perkhidmatan Public Mutual Online Public Mutual HQ atau mana2 cawangannya. Ataupun muat turun saja borangnya dari publicmutualonline.com.my.
Untuk keselamatan, pelabur perlu hantar sendiri borang ke Public Mutual HQ atau mana-mana cawangannya atau cawangan Public Bank. Sila bawa Kad Pengenalan untuk pengesahan.
Untuk keselamatan, pelabur perlu hantar sendiri borang ke Public Mutual HQ atau mana-mana cawangannya atau cawangan Public Bank. Sila bawa Kad Pengenalan untuk pengesahan.
2. Anda juga boleh mendaftar utk Public Mutual Online melalui PBeBank.com jika anda pengguna PBeBank.
Public Mutual akan hantar "docket mailer" dengan ID pengguna dan Password ke alamat yang diberi. Anda boleh gunakan ID pengguna dan Password ini untuk masuk ke publicmutualonline.com.my.
Monday, 30 January 2012
Artikel PERANCANGAN KEWANGAN Majalah Wanita
Ahad lepas saya kemas majalah2 lama termasuklah Majalah Mingguan Wanita. Dan biasalah dlm pada dok susun2 majalah tu, jari jemari pun membelek2 helai demi helai.... dan terjumpalah satu artikel yang memberi manfaat untuk semua termasuklah diri saya sendiri. Sejujurnya untuk insan yang memang bergelumang dengan nombor dari kecil sampai masuk U (terutamanya yang ambil perakaunan) dan bekerja pulak dalam industri akaun dan audit selama 8 tahun... dah lama terdedah dengan PERANCANGAN KEWANGAN nie tapi kesedaran yang kurang untuk mempraktikkan perancangan ni. (i.e dah lama tahu tapi buat tak tahu....huhu.... saya lah tu...)
So, kat bawah nie saya paste artikel PERANCANGAN KEWANGAN agar dapat kita manfaatkan bersama..
Macam blurr sikit kan.. takpe... saya salin kat bawah nie....
PERANCANGAN KEWANGAN UNTUK MASA DEPAN CERAH
Merancang kewangan amat penting bagi menjamin jaminan masa depan yang cerah. Setelah kewangan dapat dikawal, barulah anda dapat mengawal langkah perbelanjaan. Ikuti beberapa tips berikut yang boleh diamalkan dalam amalan perbelanjaan harian anda.
TETAPKAN MATLAMAT KEWANGAN
Cara mudah untuk menetapkan matlamat kewangan adalah melalui perancangan awal untuk beberapa jangka masa - dua tahun, lima tahun, 10 tahun, 20 tahun dan seterusnya. Kemudian, fikir tentang keperluan dan keinginan anda, keluarga dan jadikan ia sebagai matlamat khusus yang ingin dicapai untuk setiap jangka masa yang telah ditetapkan.
Matlamat anda boleh meliputi perkara-perkara yang memang diperlukan (umpamanya memiliki rumah dalam masa 5 tahun atau pembiayaan pendidikan anak-anak dalam masa 10 tahun atau simpanan untuk hidup selesa selepas bersara), hinggalah kepada perkara-perkara yang sejak sekian lama sudah diidamkan tetapi belum dapat dicapai. Bagaimanapun, matlamat anda harus tentu, wajar, berfaedah dan bukan impian semata-mata.
Kemudian, kira berapa banyak wang diperlukan untuk memenuhi setiap matlamat tersebut. Jangan pula rasa takut melihat jumlah yang telah dianggarkan. Melainkan mereka yang memang sudah banyak menabung, kebanyakan kita perlu bekerja keras menambah tabungan untuk mencapai matlamat yang diimpikan. Menambah tabungan boleh juga dibuat melalui pelaburan.
BENTUK PROGRAM PELABURAN
Sekarang anda sudah pun menetapkan matlamat dan sudah mengemaskinikan belanjawan anda untuk mendapat angka sebenar lebihan belanja yang boleh dilaburkan, tetapi ada satu lagi perkara yang perlu dilakukan sebelum memulakan langkah melabur. Kebanyakan perancang kewangan menasihatkan, sebelum membuat sebarang pelaburan, sisihkan perbelanjaan sekurang-kurangnya untuk tiga hingga enam bulan bagi menghadapi waktu terdesak (umpamanya jika kehilangan pekerjaan) atau masalah aliran tunai yang tidak dijangka. Mereka yang sudah berkeluarga adakala dinasihatkan supaya menabung untuk perbelanjaan hingga setahun.
Setelah penampan waktu terdesak ini disediakan, anda boleh menimbangkan berapa banyak lebihan daripada pendapatan yang boleh digunakan untuk pelaburan bagi mencapai matlamat kewangan anda.
Mulakan secara kecil-kecilan dan kemudian tingkatkan jumlah pelaburan setelah tabungan meningkat. Atau anda boleh juga memulakan pelaburan dengan menggunakan sebahagian daripada wang simpanan dan kemudian, setelah berasa lebih yakin, tambahkan tabungan untuk pelaburan.
PERUNTUKAN ASET - PELBAGAIKAN PELABURAN
Soalan seterusnya yang perlu anda tanya diri anda sendiri, dalam aset mana wang anda hendak dilaburkan? Patutkah anda membeli saham atau bon? Bagaimana kalau melabur dalam sekuriti kerajaan, unit amanah, hartanah atau bertindak berani dan melibatkan diri dalam niaga hadapan?
Anda perlu buat kajian dahulu. Pertama, cari jenis produk pelaburan yang boleh anda peroleh, bagaimana setiap pelaburan itu dilaksanakan dan apa risiko terbabit. Ketika membuat penyelidikan mengenai sesuatu pelaburan, bermakna anda sedang menyelidik sesebuah syarikat atau pertubuhan kerana merekalah yang menerbitkan saham, sekuriti, unit amanah, bon dan lain-lain.
Ada banyak maklumat boleh diperoleh, sama ada di media, dalam talian, dan daripada syarikat itu sendiri, yang membolehkan anda mengenali syarikat tersebut secara lebih dekat.
Amat penting anda mengetahui secara jelas mengenai syarikat tersebut seperti jenis produk, prestasi, pasaran, saingan dan jenis industrinya bagi membolehkan anda membuat ramalan tentang prospek masa depannya. Mengapa? Sebab pelaburan anda bergantung kepada masa hadapan.
Anda tidak sepatutnya melabur dalam satu aset tertentu sahaja. Anda patut memilih gabungan beberapa kelas aset atau rangkaian pilihan beberapa aset tertentu dalam satu kelas aset (umpamanya melabur dalam pelbagai sektor sekiranya ekuiti adalah satu-satunya pilihan anda).
Dalam perkataan lain, pelbagaikan pelaburan. Tentukan juga berapa banyak wang yang hendak dilaburkan dalam setiap kelas aset untuk membentuk portfolio pelaburan. Namun apa yang paling penting ialah sebelum membuat pelaburan, pastikan anda mendapat maklumat dan informasi yang cukup.
PILIHAN ditangan kita sendiri. Terdapat banyak dana syariah dengan pulangan agihan yang tinggi tersedia untuk anda. Mulakan langkah anda sekarang kerana MASA adalah musuh kita sebenarnya. Masa yang sudah berlalu takkan berulang lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
