Tuesday, 27 December 2011

LATEST NEWS.... KWSP




Kadar Caruman KWSP Majikan Lebih Tinggi Untuk Pekerja Berpendapatan RM5 Ribu Ke Bawah Berkuatkuasa Gaji Januari 2012

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa gaji Januari 2012.

Kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus akan memberikan faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP. Sementara itu, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.   

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan ini semasa Ucapan Bajet 2012 sebagai langkah untuk menangani masalah ketidakcukupan pendapatan semasa bersara yang dihadapi pesara kini. Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun dari mula mereka bersara dan masalah ini akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia. 

Sehubungan itu, KWSP menghargai tindakan segera Kerajaan dalam menangani masalah ini kerana tambahan satu peratus caruman berserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan lagi simpanan persaraan rakyat Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kwsp.gov.my, kunjungi cawangan KWSP terdekat atau hubungi Pusat Panggilan di 03 - 8922 6000.

(NIK AFFENDI JAAFAR)
Pengurus Besar
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 27 Disember 2011

..................................................................................................................................

Maksimumkan SIMPANAN PERSARAAN anda dengan pelaburan Syariah Public Mutual melalui Akaun 1 KWSP.
Anda boleh merancang SIMPANAN PERSARAAN dengan menggandakan simpanan KWSP melalui pelaburan dalam dana Public Mutual. 

Mari kita renungkan:

  • Peluang sudah ada depan mata. 
  • Cara yang paling mudah sebab tak perlu keluarkan duit sendiri.
  • Dividen lebih tinggi.
  • Dana syariah.

Bukan hanya kerajaan yang perlu fikir tentang SIMPANAN PERSARAAN kita tapi ianya tanggungjawab kita sendiri.

Tuesday, 20 December 2011

3 PRINSIP PELABURAN

Teknik ini biasa digunakan oleh jutawan dalam mengandakan wang mereka. Terdapat 3 prinsip simpanan yang biasa mereka gunakan.

PRINSIP PERTAMA:

Lebih cepat anda menyimpan lebih untung.

Tahukah anda seorang yang berumur 25 tahun menyimpan sebanyak RM100 sebulan (RM1,200 setahun) akan mengumpul RM227,933 apabila beliau berumur 55 tahun ( faedah sebanyak 10% setahun)? Jika beliau bertangguh selama setahun, “kerugian” sebanyak RM22,753. Jika beliau menunggu selama 5 tahun, jumlahnya kurang sebanyak RM94,144 selepas mencapai tempoh persaraan, dan jika menunggu sehingga 10 tahun jumlah akan berkurangan sebanyak RM151,363! Dengan RM100 sebulan, jumlah yang disimpan selama 10 tahun ialah RM20,655 tetapi kekayaan yang hilang ialah RM151,363.

Ini adalah satu impak daripada faedah kompound iaitu wang yang dilaburkan akan dikenakan faedah setiap tahun. Ia seperti pengembala kambing yang mendapat 2, 4, 8, 16, 32, 64, 128, 256 dan seterusnya apabila kambing-kambingnya beranak dan beranak.

Adalah sesuatu yang rugi jika anda masih menunggu, dan ia seakan tregedi jika anda tidak menyimpan langsung. Mulakan menyimpan hari ini, Public Mutual ada menyediakan plan persaraan yang dapat memenuhi keperluan ini mengikut syariah.

PRINSIP KEDUA:

Bila anda menyimpan sama penting dengan berapa banyak anda menyimpan

Katakan dua orang yang sama umurnya telah menyimpan RM5,000 setahun selama 15 tahun. Jumlah ialah RM75,000. yang pertama menyimpan dari umur 20 hingga 35, sebelum berkahwin. Orang yang kedua menyimpan jumlah yang sama tetapi selepas anak-anaknya masuk kolej. Beliau menyimpan sebanyak RM75,000 dari umur 40 hingga 55.

Semasa berumur 55 tahun, orang yang pertama jumlah simpanannya menjadi RM 948,199! – 10 kali daripada jumlah yang disimpan. Ia merupakan satu perbezaan yang besar daripada orang yang kedua yang mengumpul hanya RM 173,856 walaupun kedua-duanya menyimpan jumlah yang sama. Perbezaannya ialah bukan berapa banyak yang disimpan tetapi bila simpanan itu mula dibuat. Kesimpulannya ialah kita perlu menyimpan seberapa banyak yang boleh dan seawal yang boleh!
 

Umur menyimpan
ENCIK A
20 tahun – 35 tahun
ENCIK B
40 tahun – 55 tahun

Jumlah tabungan

RM 5,000 setahun
=RM 75,000

RM 5,000 setahun
= RM 75,000

Dana terkumpul pada umur  55 tahun

RM 948,199

RM 173,856



Lihat pada umur yang sama siapakah yang lebih ‘kaya’ ?



PRINSIP KETIGA:

Berapa banyak anda simpan adalah lebih penting daripada berapa banyak pendapatan anda

Nampaknya seperti membingungkan, tetapi anda tidak perlu mempunyai pendapatan besar untuk menjadi kaya. Di negara maju, ramai orang dengan pendapatan biasa sahaja telah menjadi kaya kerana mereka berjimat dan menyimpan lebih banyak daripada orang lain.

Mereka yang dengan konsisten boleh menyimpan lebih daripada 10 peratus akan menjadi lebih kaya dengan cepat daripada mereka yang tidak menyimpan. Contohnya satu keluarga yang berpendapatan RM30,000 setahun. Katakan mereka berjimat dan berjaya menyimpan 25% daripada pendapatan sebulan di bank, menjadi RM7,500 setahun (RM625 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan yang dikumpul ialah RM 836,181.

Sekarang bandingkan dengan keluarga yang berpendapatan RM50,000 setahun, tetapi mereka suka membazir dan hanya menyimpan sebanyak 5% daripada pendapatan atau RM2,500 setahun (RM208.33 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan terkumpul di bank ialah hanya RM278,281.

Sekarang anda sudah mengetahui rahsia teknik pelaburan yang biasa digunakan oleh professional dan jutawan.




 

Pendapatan 


RM 30,000

RM  50,000

Simpanan


RM 7,500 setahun

RM 2,500 setahun

Dana terkumpul sehingga 25 tahun



RM 836,181


RM 278,281

Sunday, 18 December 2011

CONTOH PENGIRAAN JUMLAH UNIT


       Jumlah pelaburan sebenar  =   nilai pelaburan – caj perkhidmatan
        (working capital)
 

(Namun begitu, untuk memudahkan pengiraan dan pemahaman anda di dalam pengiraan ini, caj perkhidmatan akan diabaikan.)




CONTOH: Katakanlah Ahmad telah melabur sebanyak RM10,000 pada harga RM1.00. Jumlah unit yang akan diterima adalah mengikut formula berikut:

Jumlah Unit   = Jumlah Pelaburan Sebenar / Harga Seunit
                                = RM10,000/1.00
                                = 10,000 unit



Pada tahun pertama, Ahmad mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM800 dan harga semasa dana adalah RM0.80.

Jumlah Unit Tambahan= Jumlah Pengagihan / Harga Semasa
                                            = 800/0.80
                                            = 1,000 unit

Jumlah Unit Baru       = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
                                            = 10,000 + 1000 
                                            = 11,000 unit

Katakanlah pada tahun kedua, Ahmad mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM1,000 dan harga semasa dana adalah RM0.67

Jumlah unit tambahan  = Jumlah Pengagihan / Harga Semasa
                                             = 1,000/0.67
                                             = 1,500 unit

Jumlah Unit Baru        = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
                                            = 11,000 + 1500 
                                            = 12,500 unit


Katakanlah pada tahun ketiga, Ahmad mendapat jumlah pengagihan sebanyak RM1,500 dan harga semasa dana adalah RM1.00

Jumlah unit tambahan  = Jumlah Pengagihan / Harga Semasa
                                  = 1,500/1.00
                                  = 1,500 unit

Jumlah Unit Baru       = Jumlah Unit Asal + Jumlah Unit Tambahan
                                           = 12,500 + 1500 
                                           = 14,000 unit



Berapakah Nilai Pelaburan Selepas 3 Tahun?


Sekarang Ahmad mempunyai jumlah unit sebanyak 14,000



Nilai Pelaburan Semasa = Harga Semasa x Jumlah Unit



  • Jika harga semasa = harga belian pada tahun pertama (RM1.oo), maka:

Nilai Pelaburan Semasa = RM1.00 x 14000 = RM14,000


  • Jika harga semasa < harga belian pada tahun pertama (RM0.8o), maka:

Nilai Pelaburan Semasa = RM0.80 x 14000 = RM11,200


  • Jika harga semasa > harga belian pada tahun pertama (RM1.2o), maka:

Nilai Pelaburan Semasa = RM1.20 x 14000 = RM16,800


Kesimpulan

  • Dengan kata lain, apabila pelabur melabur di dalam jangakamasa panjang, jumlah unit akan bertambah.
  • Dengan ini, pelabur akan tetap mendapat keuntungan walaupun berlaku penurunan harga dana.
  • Malah, pelabur akan mendapat keuntungan yang sangat baik sekiranya harga dana tidak berubah atau makin meningkat.




Saturday, 17 December 2011

ANDA PELABUR BIJAK ???

ANDA KATEGORI PELABUR YANG MANA?

Pelaburan di dalam Unit Amanah (Unit Trust) adalah suatu bentuk pelaburan jangkamasa sederhana/panjang yang berstruktur. Ianya tidak akan terlepas dari risiko semasa bagi setiap jenis pelaburan, risiko turun naiknya harga semasa pasaran.

Tindakan yang kita lakukan untuk mengimbangi risiko semasa mungkin akan memberikan kesan terhadap keuntungan dan kerugian semasa melabur di dalam Unit Amanah.

Terdapat 3 kategori pelabur tersebut ialah:

1. Pelabur kurang bijak : Biasanya pelabur ini akan panik melihat kejatuhan harga unit yang berlarutan selama beberapa hari. Malah, mereka akan bertambah risau dan takut mengalami kerugian yang besar apabila harga unit tersebut melepasi harga sewaktu mereka mula-mula membeli Unit Amanah tersebut. Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual semua unit tersebut kerana menganggap Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan pasaran yang tidak stabil. Oleh kerana mereka menjual semua unit tersebut, sudah tentu mereka mengalami kerugian.

Contohnya :
Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2327.
Jumlah unit 40,000 unit.

           Kos   : RM0.2500 x 40,000  = RM10,000
           Jual  : RM0.2327 x 40,000  = RM9,308
           Rugi : RM10,000 - RM9,308 = (RM692)


2. Pelabur bijak : Biasanya pelabur ini akan membiarkan pelaburan mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik semula. Ini kerana pelaburan mereka adalah berjangka panjang (lebih dari 3 tahun). Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi, mereka menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya sedikit.

Contohnya :
Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2805.
Jumlah unit 40,000 unit,

           Kos    : RM0.2500 x 40,000 unit  = RM10,000
           Jual   : RM0.2805  x 40,000 unit = RM11,220

Untung kasar : RM11,220 - RM10,000    = RM1,220 (12.2%)


3. Pelabur paling bijak : Pelabur ini biasanya akan mengambil kesempatan atas kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah unit yang sedia ada. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai kos seunit pada harga asal seterusnya memaksimumkan keuntungan di penghujung pelaburan. Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur paling bijak iaitu beli semasa harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Contohnya :
Harga semasa beli RM0.2500 sebanyak 20,000 unit dan beli lagi pada harga RM0.2200 sebanyak 20,000 unit.

Jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit.

          Kos (1) : RM0.2500 x 20,000 unit = RM5,000
          Kos (2) : RM0.2200 x 20,000 unit = RM4,400

Jumlah kos : RM9,400, harga purata seunit = RM0.2350

         Jual      : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220
         Untung  : RM11,200 - RM9,400     = RM1,820 (18.2%)

Tuesday, 6 December 2011

BUKU PELABURAN

Antara buku-buku yang boleh dibaca untuk menambah info pelaburan anda.


Buku ini tidak memberikan petua bagi menghasilkan keuntungan dengan pantas, tetapi ia mengajar cara mengelak daripada cepat rugi. Hakikatnya sebagai pelabur yang bijak apa yang anda perlu tahu adalah cara mengawal risiko dan membaikpulih prestasi porfolio. Turut didedahkan 8 dongengan unit amanah yang sering mengelirukan pelabur. 5 kes sebenar diutarakan bagi menunjukkan cara pelabur profesional mengatur strategi bagi mendapat keuntungan. Ia juga menerangkan dengan terperinci bagaimana mengira jumlah dana yang diperlukan dalam merancang pendidikan dan persaraan tanpa memerlukan kemahiran metamatik yang memeningkan. Diterbitkan oleh: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Harga Semenanjung Malaysia : RM20.00 manakala Sabah/Sarawak : RM23.00



Tuesday, 15 November 2011

Compound Interest : Artikel Irfan Khairi

Compound Interest – Rahsia Menjadi Jutawan  
                  
Di bawah ini adalah satu artikel tentang compound interest yang telah ditulis oleh Jutawan Internet, Dr. Irfan Khairi.
Semoga ianya dapat membuka minda kita semua tentang kuasa compound interest dan seterusnya dapat mempraktikkannya di dalam kehidupan kita.

Compound Interest – Senjata Jutawan : Irfan Khairi

Sering saya ditanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”

Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana didalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya… tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM14,600.
Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.

Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.
RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?


Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)

Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat mudah. Katanya, compund interest adalah “the greatest invention of all time”.
Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik. Takkan pula seorang ibu  boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa compound interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12%  (Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual Fund). (Kenapa tidak memilih Public Mutual Islamik Description: :wink:)

Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!
Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!).

Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!

Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.

Kunci untuk compound interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek compound interest diperlambatkan.

Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun.
Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.
Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun…
Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39
Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 – walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.
Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat – walaupun dua kali ganda.

Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh… tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.

Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura  kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, di akhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!
Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini ke dalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!




Kuasa dan Rahsia Penggandaan (Compounding)  

"Saya Tua Tetapi Tiada Simpanan Dalam Akaun Bank......."
Frasa ini selalu didengar dan diperkatakan. 


Percaya Kepada Kuasa Penggandaan
Albert Einstein seorang pencipta yang hebat dan sinonim dengan kata-katanya:
Compounding interest is man’s greatest invention

Oleh yang demikian, pengajaran daripada kata-kata itu boleh membuatkan anda kaya berbanding sekarang. Adakah anda percaya dengan kata-kata ini?? Mari kita buat beberapa kira-kira mudah:

Umur : 20
Simpanan Bulanan : $100
Tempoh Masa : 120 bulan
Keuntungan Setahun : 10%
Jadi, Selepas 10 tahun; Umur 30 tahun, wang akan menjadi : $21,037.40

Bandingkan dengan ini :

Umur : 25
Simpanan Bulanan : $200
Tempoh Masa : 60 bulan
Keuntungan Setahun : 10%
Jadi, Selepas 5 tahun; Umur 30 tahun, wang akan menjadi : $16,117.46

Lihat perbezaannya apabila anda memulakan dengan satu jumlah minimum tetapi tempoh lebih panjang?

Mula Menyimpan di Peringkat Awal

Peraturan penggandaan akan menjadi lebih berkesan apabila anda mula untuk berjimat di peringkat awal. Penggandaan memakan masa yang lama untuk matang. Bayangkan betapa hebat kesan penggandaan! ‘Masa’ adalah satu-satunya rahsia penggandaan.

Sesetengah orang memaksa diri mereka untuk mengambil insurans dengan pakej simpanan. Pada pendapat saya, simpanan dengan insurans tidak sesuai untuk jangka masa yang panjang. Bayangkan sahaja berapa banyak pulangan insurans dalam setahun? Ini adalah kerana, dalam insurans, wang yang akan dilaburkan hanyalah daripada lebihan daripada kos operasi insurans itu sendiri. Sudah tentulah kentungan yang akan diberikan juga adalah sedikit berbanding unit amanah yang keseluruhan daripada dana yang dikumpulkan adalah untuk dilabur.

Kirakan peratusan, bukannya jumlah

Kita telah membuat kesilapan dengan mengira jumlah pulangan mengikut nombor bukan oleh peratusan. Ya, memang benar anda akan mendapat lebih banyak wang jika melabur dalam rancangan simpanan insurans tetapi adakah anda tahu bahawa ia akan jadi lebih baik jika anda melabur dalam satu lagi pulangan yang berperatusan tinggi berbanding dengan insurans?
Ejen insurans ialah seorang yang mulut manis berkata-kata. Jangan terperangkap.  Kebanyakan syarikat insurans tidak boleh memberi anda yang terbaik jika dibandingkan dengan Unit Amanah seperti ASB atau Public Mutual. Banyak dana yang bagus untuk anda memulakan pelaburan.



BAGAIMANA WANG SIMPANAN RM300 SEBULAN BERTAMBAH MENGIKUT KADAR PULANGAN BERBEZA DLM JANGKAMASA 30 TAHUN

· Tanpa kuasa pengkompounan faedah, simpanan RM 300.00 sebulan hanya meningkat kepada RM 108,000.00

· Pada kadar pulangan tahunan sebanyak lima peratus (5%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 245,609.00 (2.3 kali ganda daripada jumlah pokok)

· Pada kadar pulangan tahunan sebanyak lapan peratus (8%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 425,283.00 (4 kali ganda daripada jumlah pokok)

· Pada kadar pulangan tahunan sebanyak lima belas peratus (15%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 1.69 juta (15.6 kali ganda daripada jumlah pokok)

· Pada kadar pulangan tahunan sebanyak dua puluh lima peratus (25%), wang simpanan RM 300.00 sebulan akan meningkat kepada RM 13.14 juta (121.6 kali ganda daripada jumlah pokok)





Kuasa Pengkompaunan ini bergerak perlahan pada awal pelaburan tetapi akan meningkat dengan ketara apabila ia tiba di sesuatu tahap tertentu. 

Ini dengan modal pelaburan sebanyak RM 300 sebulan, bagaimana pula jikalau anda berjaya melabur RM 500.00, RM 800.00 atau RM 1000.00 sebulan, dengan sendiri nilainya berkali-kali ganda meningkat.
Ramai yang tersenyum apabila saya mengajukan pertanyaan kepada bakal pelanggan samada mereka ingin memiliki RM 1 juta pada usia persaraan. Jawapan mereka ringkas dan padat iaitu saya hanya berpendapatan RM 2000.00 – RM 3000.00. Untuk menanggung diri dan keluarga memanglah cukup tetapi untuk menyimpan dan melabur memang sukar.
Sebenarnya ada jalan penyelesaian bagi merealisasikan impian anda. Hubungi perunding kewangan anda yang bertauliah, insyaAllah mereka boleh memberi nasihat yang berguna untuk anda ikuti atau email kepada saya maklumat peribadi anda (Nama,umur, alamat, pekerjaan dan no. Hp) untuk saya hubungi.

Kos Pemurataan Ringgit (DCA)


















“Sepanjang pemerhatian saya selama 60 tahun ini di Wall Street, orang tidak berjaya meramalkan apa yang akan terjadi dalam pasaran saham.”
– Benjamin Graham, pengarang “The Intelligent Investor”

Melabur akan menjadi begitu mudah kalaulah kita boleh meramalkan bilakah masa terbaik untuk membeli atau menjual. Walau bagaimanapun, meramalkan masa yang sesuai untuk melabur dalam pasaran adalah mustahil dan ramai yang telah mengalami kerugian besar kerana mencubanya dan gagal. Salah satu cara untuk mengharungi naik turun pasaran saham yang sentiasa berlaku ini ialah dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit. Kaedah ini memastikan kita mendapat faedah daripada pulangan sejarah yang mantap yang ditunjukkan dalam jangka panjang dan melindung nilai kesan kemerosotan dan sedikit aliran menurun dalam jangka pendek. 

Pemurataan kos Ringgit merupakan satu teknik pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berkaitan dengan membuat satu pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan tertentu (misalnya, unit amanah) pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku tahunan), tanpa menghiraukan harga unitnya. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk memindahkan RM500 hingga RM1,000 daripada gaji anda kepada dana unit amanah ataupun anda boleh membuat pelaburan sebanyak RM1,500 atau RM3,000 setiap suku tahun. Jumlah dan kekerapan pelaburan anda bergantung pada sumber kewangan dan matlamat masa depan anda. 

Bagaimana Pemurataan Kos Dolar (Ringgit) Berfungsi
“Simpan sedikit simpan selalu – pemurataan kos dolar (ringgit) berkesan jika anda terus menggunakannya.”
– Paul Clitheroe, “Ten Key Steps to Wealth”, 2002.

Untuk menjelaskan pemurataan kos dolar secara mudah, katakan anda mahu menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung persaraan anda. Daripada melaburkan jumlah ini sekali gus dan menanggung risiko memasuki pasaran ketika harganya melambung, anda mengambil keputusan untuk melaburkan sebanyak RM1,000 dalam dana unit amanah setiap bulan seperti yang ditunjukkan dalam carta berikut:

 
 
Keputusan:

Kos Purata Seunit                              =  RM0.1923 
Harga Unit pada Disember                 =  RM0.2510
Nilai Pelaburan pada Disember          =  RM15,664.48

Dalam contoh ini, dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit, kos purata seunit yang dilaburkan hanyalah RM0.1923, dan bukannya RM0.2549 jika pelabur melaburkan jumlah sekali gus pada bulan Januari.

Strategi Pelaburan Jangka Panjang
“Disiplin adalah kunci kejayaan untuk pelabur jangka panjang. Dia tidak boleh jatuh ke dalam perangkap menguruskan pemegangannya berpandukan tajuk berita akhbar, petikan, ramalan tanpa menggunakan fikiran, gerak hati atau keputusan tempoh yang lepas.”
– Frank Armstrong, pengarang “The Informed Investor.”

Walau berapa pun jumlah wang yang dilaburkan, pemurataan kos dolar adalah strategi jangka panjang. Meskipun pasaran kewangan cenderung untuk turun naik, namun ia selalunya bergerak dalam arah yang sama dalam tempoh masa yang agak panjang. Pasaran turun dan pasaran naik boleh berlanjutan selama berbulan-bulan, bahkan adakalanya bertahun-tahun. Disebabkan arah aliran ini, pemurataan kos dolar tidak akan cukup berkesan jika digunakan untuk jangka pendek sahaja.

Sebagai contohnya, pelabur mungkin memilih untuk membuat 10 pembelian dana unit amanah dalam sebulan. Walaupun kemungkinan besar harga belian unit tidak akan sama bagi setiap urus niaga dalam tempoh masa yang pendek itu, namun perbezaannya tidaklah besar. Namun begitu, dalam tempoh kitaran pasaran yang lebih panjang, anda mungkin akan menempuh pasaran naik dan pasaran turun, dengan harga sekuriti tertentu mengalami perubahan yang besar. Pemurataan kos dolar akan menolong memastikan kos purata seunit anda mewakili kedua-dua premium pasaran naik dan diskaun pasaran turun, berbanding dengan hanya premium yang biasanya dibayar oleh pelabur dalam pasaran naik.

Petua untuk Anda Bermula
“Mereka yang menyertai program pelaburan akan mempunyai lebih banyak wang apabila mereka bersara daripada mereka yang tidak menyertainya langsung.”
- Penulis kewangan Australia, Noel Whittaker.

Banyak dana unit amanah membenarkan anda mula melabur dalam jumlah minimum dengan pilihan untuk membuat caruman lagi melalui potongan tetap daripada gaji atau akaun bank anda.
Jika anda berminat dengan pemurataan kos dolar, berikut ialah beberapa petua untuk menolong anda menjadikan strategi ini bermanfaat kepada anda:
  • Bermula secepat mungkin. Semakin lama anda perlu mengharungi turun naik pasaran, semakin banyak peluang yang anda ada untuk membina akaun yang besar.
  • Terus menggunakannya. Pemurataan kos dolar adalah strategi jangka panjang. Pastikan anda mempunyai sumber kewangan dan disiplin untuk melabur secara berterusan dalam segala jenis pasaran, tanpa menghiraukan turun naik harga.
  • Ambil kesempatan ke atas potongan automatik. Caruman pelaburan secara potongan gaji atau potongan akaun bank anda merupakan kaedah yang mudah dan senang untuk melabur, dan boleh menolong anda menanamkan tabiat melabur secara tetap.
  • Bersedia menghadapi kerugian. Pemurataan kos dolar tidak menjamin bahawa portfolio anda sentiasa untung sahaja dan tiada kerugian. Walaupun anda membayar kos purata yang lebih rendah daripada harga purata unit, anda masih boleh mengalami kerugian jika anda memilih masa yang tidak sesuai untuk keluar dari pasaran, terutamanya ketika harga rendah.
Membina kekayaan dengan melabur dalam unit amanah adalah lebih kepada soal kesabaran dan kegigihan daripada soal kemahiran pelaburan dan nasib. Keputusan besar yang mesti dibuat ialah sama ada anda sanggup melepaskan kepuasan serta-merta untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda. Jika anda sanggup, maka pemurataan kos dolar boleh menjadi cara yang sangat berkesan untuk menolong anda mencapai matlamat anda itu.