Tuesday 20 December 2011

3 PRINSIP PELABURAN

Teknik ini biasa digunakan oleh jutawan dalam mengandakan wang mereka. Terdapat 3 prinsip simpanan yang biasa mereka gunakan.

PRINSIP PERTAMA:

Lebih cepat anda menyimpan lebih untung.

Tahukah anda seorang yang berumur 25 tahun menyimpan sebanyak RM100 sebulan (RM1,200 setahun) akan mengumpul RM227,933 apabila beliau berumur 55 tahun ( faedah sebanyak 10% setahun)? Jika beliau bertangguh selama setahun, “kerugian” sebanyak RM22,753. Jika beliau menunggu selama 5 tahun, jumlahnya kurang sebanyak RM94,144 selepas mencapai tempoh persaraan, dan jika menunggu sehingga 10 tahun jumlah akan berkurangan sebanyak RM151,363! Dengan RM100 sebulan, jumlah yang disimpan selama 10 tahun ialah RM20,655 tetapi kekayaan yang hilang ialah RM151,363.

Ini adalah satu impak daripada faedah kompound iaitu wang yang dilaburkan akan dikenakan faedah setiap tahun. Ia seperti pengembala kambing yang mendapat 2, 4, 8, 16, 32, 64, 128, 256 dan seterusnya apabila kambing-kambingnya beranak dan beranak.

Adalah sesuatu yang rugi jika anda masih menunggu, dan ia seakan tregedi jika anda tidak menyimpan langsung. Mulakan menyimpan hari ini, Public Mutual ada menyediakan plan persaraan yang dapat memenuhi keperluan ini mengikut syariah.

PRINSIP KEDUA:

Bila anda menyimpan sama penting dengan berapa banyak anda menyimpan

Katakan dua orang yang sama umurnya telah menyimpan RM5,000 setahun selama 15 tahun. Jumlah ialah RM75,000. yang pertama menyimpan dari umur 20 hingga 35, sebelum berkahwin. Orang yang kedua menyimpan jumlah yang sama tetapi selepas anak-anaknya masuk kolej. Beliau menyimpan sebanyak RM75,000 dari umur 40 hingga 55.

Semasa berumur 55 tahun, orang yang pertama jumlah simpanannya menjadi RM 948,199! – 10 kali daripada jumlah yang disimpan. Ia merupakan satu perbezaan yang besar daripada orang yang kedua yang mengumpul hanya RM 173,856 walaupun kedua-duanya menyimpan jumlah yang sama. Perbezaannya ialah bukan berapa banyak yang disimpan tetapi bila simpanan itu mula dibuat. Kesimpulannya ialah kita perlu menyimpan seberapa banyak yang boleh dan seawal yang boleh!
 

Umur menyimpan
ENCIK A
20 tahun – 35 tahun
ENCIK B
40 tahun – 55 tahun

Jumlah tabungan

RM 5,000 setahun
=RM 75,000

RM 5,000 setahun
= RM 75,000

Dana terkumpul pada umur  55 tahun

RM 948,199

RM 173,856



Lihat pada umur yang sama siapakah yang lebih ‘kaya’ ?



PRINSIP KETIGA:

Berapa banyak anda simpan adalah lebih penting daripada berapa banyak pendapatan anda

Nampaknya seperti membingungkan, tetapi anda tidak perlu mempunyai pendapatan besar untuk menjadi kaya. Di negara maju, ramai orang dengan pendapatan biasa sahaja telah menjadi kaya kerana mereka berjimat dan menyimpan lebih banyak daripada orang lain.

Mereka yang dengan konsisten boleh menyimpan lebih daripada 10 peratus akan menjadi lebih kaya dengan cepat daripada mereka yang tidak menyimpan. Contohnya satu keluarga yang berpendapatan RM30,000 setahun. Katakan mereka berjimat dan berjaya menyimpan 25% daripada pendapatan sebulan di bank, menjadi RM7,500 setahun (RM625 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan yang dikumpul ialah RM 836,181.

Sekarang bandingkan dengan keluarga yang berpendapatan RM50,000 setahun, tetapi mereka suka membazir dan hanya menyimpan sebanyak 5% daripada pendapatan atau RM2,500 setahun (RM208.33 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan terkumpul di bank ialah hanya RM278,281.

Sekarang anda sudah mengetahui rahsia teknik pelaburan yang biasa digunakan oleh professional dan jutawan.




 

Pendapatan 


RM 30,000

RM  50,000

Simpanan


RM 7,500 setahun

RM 2,500 setahun

Dana terkumpul sehingga 25 tahun



RM 836,181


RM 278,281

No comments:

Post a Comment