Monday, 16 January 2012

Apa kaitan inflasi dengan nilai pelaburan sebenar?





















Inflasi ialah kenaikan harga barang yang pasti berlaku setiap tahun. Ia satu faktor wajib dalam ekonomi. 

Kadar inflasi menunjukkan kadar umum kenaikan harga barang-barang. Purata inflasi di Malaysia biasanya 2.5% hingga 4.5% (berbeza-beza pula di Bandar-bandar, cth. purata Inflasi di KL 5% setahun, JB 7% setahun, Penang 6% setahun, Kota Bahru 2% setahun. Berbeza pula ikut negara, cth Singapore, 2% setahun, Tokyo, 1.5% setahun). 

Jadi, satu amaun wang yang setiap individu itu ada akan berkurang nilainya dari tahun ke tahun. Contoh, jika saya simpan duit dalam akaun simpanan (deposit) di bank RM10,000 hari ni yang hampir tiada untung tahunan, nilai sebenarnya tahun depan akan menyusut, tak boleh lagi beli barang bernilai RM10,000 seperti pada hari ini lagi. Begitu juga dengan kadar kenaikan gaji. Rata-rata kenaikan gaji kakitangan awam 3% setahun, bermakna naiknya gaji kakitangan bukan naiknya nilai atau lebihnya kuasa membeli barang sebab inflasi juga 3%. 

Jadi, melabur itu penting. Perlu melabur dalam instrumen pelaburan yang direkabentuk memberi pulangan lebih tinggi daripada inflasi. Kalau hanya menyimpan di bank, menyimpan di Fixed Deposit, tak akan memberi kesan kepada nilai wang sebab simpanan hanya beri 1%-2% untung setahun.

Itu sebab juga, kita tak galakkan orang meminjam wang kemudian labur dalam ASB atau instrumen lebih rendah pulangannya. Pinjaman dah ada risiko interest 6% + inflasi 3% = kos 9%. Pulangan ASB 8%. 8% tolak 9% = untung -1%. 

Ringkasnya, setiap perancangan kewangan, Inflasi adalah kos wajib yang kita mesti ambil berat untuk tahu berapa nilai sebenar pulangan pelaburan kita dan kuasa belinya di masa depan apabila kita hendak guna wang itu.

 

Sunday, 15 January 2012

Perlu ke buat pelaburan guna Akaun 1 KWSP?

Hari ni saya diajukan dengan soalan di atas oleh salah seorang teman lama. Perlu atau tidak terpulang kepada diri masing-masing. Jika simpanan KWSP dan simpanan peribadi sudah cukup untuk menampung kehidupan sewaktu persaraan tanpa downgrade lifestyle kita sekarang, maka tak perlu lah. Tapi kalau kita cuma ada RM100K sahaja sewaktu berumur 55 tahun nanti..... tepuk dada sendiri kerana sebenarnya kita memerlukan lebih kurang 1 juta untuk menampung 15-25 tahun kehidupan selepas bersara. 

Semuanya terpulang kepada matlamat seseorang. Walau apa jua yang kita lakukan wajib mempunyai matlamat.


Selain daripada membuat pelaburan secara tunai sekaligus dan simpanan bulanan, kita boleh mengambil peluang dengan melaburkan sebahagian wang KWSP (Akaun 1: Akaun Persaraan) ke dalam unit amanah sebagaimana yang telah diluluskan oleh kerajaan dan KWSP.

KENAPA???

2 sebab paling penting iaitu:

1) Berpeluang untuk menikmati PULANGAN DIVIDEN yang lebih tinggi disamping PERTUMBUHAN MODAL semasa menjual semula pelaburan kelak.

Dibawah ialah kadar dividen KWSP sejak tahun 1952 sehingga tahun 2009. Sejak tahun 2000, dividen tertinggi yang diisytiharkan ialah 6%. Kenapa situasi ini berlaku? Kita kena faham kerana KWSP bukan institusi pelaburan sebaliknya KWSP ialah penjaga kepada wang kita sehingga kita bersara.




Pernah tak anda terfikir bahawa inflasi mengecutkan simpanan kwsp kita? Sebenarnya kadar dividen kwsp telah menurun sehingga antara 4.5% dan 6% sejak 10 tahun kebelakangan ini. Walhal kadar inflasi semakin meningkat setiap tahun iaitu secara puratanya antara 3% - 4% pada tahun 2011.

Wang yang kita simpan untuk tujuan persaraan di kwsp, pulangan yang kita dapat gagal menandingi peningkatan inflasi setiap tahun. Sekiranya situasi ini berterusan, wang yang kita simpan setiap tahun walaupun bertambah dari segi angka tapi menyusut dari segi nilai. 

Jadi alternatif yang paling mudah untuk mengekang inflasi daripada terus mengecutkan simpanan kwsp kita ialah dengan melaburkan sebahagian simpanan tersebut ke dalam Dana Syariah Public Mutual yang mampu memberi pulangan antara 12% - 20% setahun berbanding kwsp 5% - 6% setahun.

2) MENEPATI SYARIAH

Rujuk surat yang dikeluarkan oleh KWSP di bawah:







Surat di atas telah dihantar kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang memaklumkan bahawa pelaburan KWSP adalah tidak berlandaskan Syariah. Sememangnya sebagai seorang pekerja, kita tiada pilihan untuk tidak membuat simpanan dalam KWSP, namun kita mempunyai pilihan untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan kita untuk dilaburkan di dalam Dana yang disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai Dana Syariah.


Anda boleh semak senarai Dana Syariah di : www.sc.com.my
klik Data & Statistic -  List Of Unit Trust Fund



Untuk makluman, KWSP adalah penjaga kepada simpanan wajib hasil titik peluh kita, setiap polisi yang dibuat akan memberi kesan kepada setiap warganegara Malaysia yang bekerja. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, “WANG PARA PENCARUM ADALAH  DILINDUNGI”.
Keutamaan KWSP adalah untuk PENGEKALAN MODAL. 

( Sumber : – The Edge Malaysia, 4hb April 2005 )



Sekiranya objektif pelaburan peribadi anda adalah Pengekalan Modal,maka KWSP adalah tempat terbaik untuk menyimpan TETAPI sekiranya objektif anda adalah untuk PERTUMBUHAN MODAL JANGKA PANJANG, anda patut mempertimbangkan secara serius mengenai pilihan yang diberikan oleh KWSP iaitu membenarkan anda melabur dalam UNIT AMANAH. 


Soalan saya: NAK DIVIDEN YANG LEBIH TINGGI  SERTA MEMATUHI SYARIAH ATAU DIVIDEN SEDIKIT DENGAN PELABURAN TIDAK SYARIAH (HARAM/KONVENSIONAL)???

Fikir-fikirkanlah.... pendapat saya sekiranya kita keluarkan sebahagian simpanan tersebut untuk dilaburkan ke dalam dana syariah, sekurang2nya selesai sebahagian tugas kita.. selebihnya kita serahkan pada Allah SWT....



Saya pernah dapat emel daripada seorang sahabat yang menulis....

1.Kita ada Bank berlandaskan Syariah…sudahkah anda beralih kepadanya
2.Kita ada Takaful berlandaskan Syariah…sudahkah anda dapatkannya
3.Kita ada pelaburan berlandaskan Syariah…mengapa tidak menyertainya