Friday 10 June 2011

APA ITU UNIT AMANAH?

UNIT AMANAH ialah koleksi skim pelaburan yang mengumpulkan dana pelabur dalam dana amanah yang diuruskan oleh Pengurus Dana Profesional.
Dana tersebut dilaburkan di dalam pelbagai portfolio pelaburan seperti pasaran modal, saham pendapatan tetap, dan lain-lain mengikut matlamat dan dan peraturan oleh SURUHANJAYA SEKURITI.
ATAU dengan kata lain tujuan skim pelaburan unit amanah ialah untuk mengumpul wang orang ramai secara sah ke dlm dana/tabung tertentu untuk dilaburkan ke dalam pelbagai jenis pelaburan mengikut tahap risiko dan pulangan yang sesuai dengan profil pelabur.








UNIT AMANAH adalah antara alternatif  pelaburan terbaik kerana ia adalah pelaburan berisiko rendah yang diuruskan oleh pengurus dana profesional, dikawalselia oleh SURUHANJAYA SEKURITI dan badan pemegang amanah seperti AMANAH RAYA BERHAD serta dipantau oleh BANK NEGARA.

SECARA UMUMNYA.... UNIT AMANAH direkabentuk untuk memenuhi matlamat kewangan jangka sederhana dan panjang anda @ 5 tahun ke atas.

Kegunaan Utama:

  1. Menyediakan Dana PERSARAAN [30 Tahun]
  2. Menyediakan Dana PENDIDIKAN [10 Tahun]
  3. Menyediakan Dana PEMILIKAN RUMAH [10 Tahun]
  4. Mengumpul KEKAYAAN 
  5. Mengatasi INFLASI
  6. Modal MASA DEPAN
  7. Sebab-sebab PERIBADI


Setiap pelaburan direkabentuk mengikut risiko dan tujuan pulangannya.


UNIT AMANAH.... Pelbagai Impian, Satu Pelaburan. 

No comments:

Post a Comment