Monday 20 June 2011

KEISTIMEWAAN unit amanah




























1) KEPELBAGAIAN

Unit Amanah membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dalam sebuah portfolio sekuriti bagi meminimumkan risiko. 


"Jangan letakkan semua telor dalam satu bakul".


Sebenarnya dalam unit amanah sekiranya anda mempunyai satu jenis dana, sebenarnya anda menikmati faedah antara 40-100 jenis saham bernilai tinggi seperti Telekom, Tenaga Nasional, MAS, Petronas, Axiata dan lain-lain. Dengan satu syarikat pengurusan sahaja anda boleh mempelbagaikan jenis dana anda. Jika anda telah melabur dalam 3 jenis dana, bermakna anda ada 300 jenis saham! Jika 100 saham tidak untung, anda ada lagi 200 saham yang menguntungkan. Inilah yang dimaksudkan pengurangan risiko. Cuba anda bandingkan sekiranya anda melabur sendiri di kaunter bursa saham. Modal yang banyak diperlukan untuk melabur dalam satu kaunter saham dan jika kaunter tersebut rugi maka rugilahhhhhh....


2) DIURUSKAN OLEH PROFESIONAL

Unit Amanah diuruskan oleh para profesional yang diluluskan, yang memastikan bahawa pembuatan keputusan adalah berstruktur dan berdasarkan prinsip pelaburan yang bijak. Wang anda akan diurus oleh pengurus dana berpengalaman, arif serta mempunyai kepakaran dalam menjalankan penyelidikan meluas dalam mencari peluang pelaburan. Bagi yang tiada masa untuk mengawasi dan mengurus pelaburan sendiri, serahkan segala kebimbangan itu kepada pengurus yang pakar agar anda boleh tidur dengan lena.


3) CAIR

Unit Amanah membenarkan anda membeli dan menjual pelaburan anda dengan senang dan dengan pergelutan minimum. Para pelabur akan menerima hasil penebusan mereka dalam tempoh 10 hari.

Jika anda ingin menjual rumah kerana memerlukan duit segera, anda perlu mengambil masa yang lama untuk mencari pembeli dan juga terpaksa melalui proses penjualan yang agak panjang. Kalau di bursa saham pula, anda perlu melantik broker dan menunggu pembeli membeli saham anda (dan sudah pasti melibatkan kos yang tinggi). Dalam unit amanah, syarikat pengurusan bersedia membeli semua atau sebahagian unit yang ingin anda jual pada bila-bila masa.


4) MUDAH

Pelaburan diuruskan oleh Pengurus Dana Profesional. Jadi pelabur tidak perlu menganalisis, menilai dan menguruskan pelaburan mereka.


5) MAMPU 

Anda boleh memulakan pelaburan anda dengan hanya RM1,000 dan dan pelaburan tambahan minima sebanyak RM100 sebulan (samada membuat penambahan pelaburan sendiri di kaunter Public Bank atau boleh juga membuat DDI- Direct Debit Instruction (potongan secara terus dari akaun bank anda).


6) PERTUMBUHAN MODAL


Unit amanah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan/atau aliran pendapatan sebagai pulangan pelaburan anda.




7) JAMINAN PENGAWALAN


Unit amanah dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti dimana antaranya adalah untuk melindungi kepentingan para pelabur. Juga mempunyai Pemegang Amanah iaitu Amanah Raya Berhad.

No comments:

Post a Comment