Monday 10 October 2011

Jenis-jenis DANA

Dana EKUITI
Melambangkan bahawa bahagian lebih tinggi aset dana akan dilaburkan dalam stok/saham untuk memperoleh pertumbuhan modal bagi pemegang unit, dengan pendapatan
dianggap sampingan.

Dana SEIMBANG 
Memberikan tumpuan terhadap mencapai keseimbangan di antara pertumbuhan modal jangka panjang dan pendapatan dengan membuat sebahagian pelaburan di dalam stok/saham (tetapi bukan kepada takat dana ekuiti), dan sebahagian di dalam sekuriti pendapatan tetap (tetapipada takat yang kurang daripada dana bon).

Dana BON/PENDAPATAN TETAP
Memberi penekanan ke atas pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap supaya mendapat dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada pemegang unit, dengan pertumbuhan modal dianggap sampingan kepada proses pelaburan.
 
Dana PASARAN WANG
Membuat pelaburan, terutamanya di dalam debentur jangka pendek dan instrumen pasaran wang bagi menjamin dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada pemegang unit.

No comments:

Post a Comment