Monday, 10 October 2011

Jenis-jenis DANA

Dana EKUITI
Melambangkan bahawa bahagian lebih tinggi aset dana akan dilaburkan dalam stok/saham untuk memperoleh pertumbuhan modal bagi pemegang unit, dengan pendapatan
dianggap sampingan.

Dana SEIMBANG 
Memberikan tumpuan terhadap mencapai keseimbangan di antara pertumbuhan modal jangka panjang dan pendapatan dengan membuat sebahagian pelaburan di dalam stok/saham (tetapi bukan kepada takat dana ekuiti), dan sebahagian di dalam sekuriti pendapatan tetap (tetapipada takat yang kurang daripada dana bon).

Dana BON/PENDAPATAN TETAP
Memberi penekanan ke atas pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap supaya mendapat dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada pemegang unit, dengan pertumbuhan modal dianggap sampingan kepada proses pelaburan.
 
Dana PASARAN WANG
Membuat pelaburan, terutamanya di dalam debentur jangka pendek dan instrumen pasaran wang bagi menjamin dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada pemegang unit.

Sunday, 9 October 2011

Booth: Kingfisher KK

Siti Zainab, Cik Na dan Zizah.... pose dulu sblm buat keje..hehe

zizah dan cik siti

BOOTH KEANGGUNAN WANITA DI KINGFISHER, KOTA KINABALU, SABAH



Cik Na tgh consult klien...

Khusyuk... penerangan Cik Siti

Thursday, 30 June 2011

JOM MELABUR : TUNAI

PELABURAN TUNAI






















Melabur dalam unit trust ni ada dua cara, iaitu melabur secara SEKALI-GUS (lump-sum) atau melabur secara berkala (regular saving).


1) PELABURAN SEKALI-GUS (LUMP- SUM)

Melabur secara sekaligus ni, contohnya kita ada simpanan RM30,000, kita keluarkan dan  labur RM30,000 tersebut dalam mana-mana dana syariah yang bersesuaian dengan profil risiko kita.... kemudian kita biarkan 5,10 tahun sehinggalah kita rasa matlamat pelaburan kita dah tercapai, barulah kita jual semula pelaburan itu untuk dapatkan tunai. Kaedah ini sesuai untuk persaraan, pendidikan anak-anak dan juga kepada pelabur yang ingin membeli rumah.





2) PELABURAN SECARA BERKALA (REGULAR SAVING)

Melabur secara berkala ni biasanya untuk tujuan jangka panjang dan pelabur tak perlu risau turun naik harga saham kerana risiko pelaburan anda sudah dipelbagaikan setiap bulan anda melabur (DCA - Dollar Cost Averaging)

Pelabur boleh juga memilih untuk melabur dalam jumlah yang kecil iaitu pelaburan permulaan RM1000 dan kemudian buat potongan bulanan RM100 dari bank anda. (minimun RM100 tapi kalau nak letak lebih lagi bagus...). 

Boleh dilakukan secara Direct Debit Instruction (kalau dengan cara ni kita tak lupa..) atau secara manual dengan pergi sendiri ke kaunter Public Bank untuk penambahan pelaburan. Yang paling penting adalah DISIPLIN. 

Penambahan secara berkala ni, dalam tempoh yang panjang akan memberi pulangan yang bagus. (Kaedah Dollar Cost Averaging). Kalau anda mendapatkan pandangan dari Financial Planner pun, mesti diaorang sarankan kaedah ni sebab ini adalah kaedah terbaik untuk pelaburan unit trust. 

Benefitnya, bila bersara nanti kita ada 200k KWSP dan pelaburan unit trust 500k... ada la jugak simpanan hari tua nanti.

Contoh: 

Matlamat - bila bersara nanti nak ada simpanan RM1 Juta. Umur sekarang 25 tahun.
Jadi untuk mencapai matlamat tsbt, anda hanya perlu menyimpan RM300 selama 30 tahun dengan pulangan 12% setahun.... kalau dana agresif mungkin lebih dari itu...

Satu lagi contoh untuk anda renungkan....
Jika anda menyimpan RM100 sebulan dengan kadar faedah 12 peratus setahun:

# Mula menyimpan ketika berumur 25 tahun:
    Anda menjana RM979,307 ketika 65 tahun! (Hampir SEJUTA RINGGIT dibank!)

# Mula menyimpan ketika berumur 26 tahun:
    Anda menjana RM873,241 ketika 65 tahun! (Anda rugi RM106,066!)

# Mula menyimpan ketika berumur 30 tahun:
    Anda menjana RM551,083 ketika 65 tahun! (Anda rugi RM428,224!)

Jadi, tidak kira berapa umur anda sekarang, inilah masanya anda mula menyelitkan sedikit wang setiap bulan untuk simpanan dan menjejak langkah jutawan automatik!

Saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, ianya mampu meledak sehingga RM979,307!

PILIHAN di tangan anda..... samada anda hendak jadi JUTAWAN setelah bersara atau masih bekerja untuk menyara hidup di hari tua anda.








TANYA DIRI ANDA SENDIRI.

Sebelum anda melabur dalam mana-mana dana pelaburan Unit Trust anda kena tanya dulu 4 soalan ini?
  1. Mengapa saya mahu melabur? (Objektif pelaburan anda)
  2. Berapa lama saya mahu melabur? Nak melabur selama berapa tahun? Short/long term?
  3. Bolehkah saya menghadapi risiko pelaburan yang saya telah buat? Sejauh mana tahap toleransi risiko saya? Sejauh saya anda sanggup ambil risiko kerugian semata-mata nak dapatkan pulangan tinggi?
  4. Apakah kedudukan kewangan saya sekarang?
Kalau 4 soalan ini anda dapat jawab maka anda boleh melabur tetapi pastikan anda meminta nasihat daripada perunding-perunding yang bertauliah.

Yang pasti, jika anda ingin melabur duit anda, sekurang-kurangnya tetapkan matlamat anda, kenali tahap toleransi anda terhadap risiko pelaburan dan fahami dana pelaburan anda terlebih dulu.




MAKE SURE YOUR MONEY WORKING AS HARD AS YOU WORK!!!


Monday, 20 June 2011

KEISTIMEWAAN unit amanah




























1) KEPELBAGAIAN

Unit Amanah membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dalam sebuah portfolio sekuriti bagi meminimumkan risiko. 


"Jangan letakkan semua telor dalam satu bakul".


Sebenarnya dalam unit amanah sekiranya anda mempunyai satu jenis dana, sebenarnya anda menikmati faedah antara 40-100 jenis saham bernilai tinggi seperti Telekom, Tenaga Nasional, MAS, Petronas, Axiata dan lain-lain. Dengan satu syarikat pengurusan sahaja anda boleh mempelbagaikan jenis dana anda. Jika anda telah melabur dalam 3 jenis dana, bermakna anda ada 300 jenis saham! Jika 100 saham tidak untung, anda ada lagi 200 saham yang menguntungkan. Inilah yang dimaksudkan pengurangan risiko. Cuba anda bandingkan sekiranya anda melabur sendiri di kaunter bursa saham. Modal yang banyak diperlukan untuk melabur dalam satu kaunter saham dan jika kaunter tersebut rugi maka rugilahhhhhh....


2) DIURUSKAN OLEH PROFESIONAL

Unit Amanah diuruskan oleh para profesional yang diluluskan, yang memastikan bahawa pembuatan keputusan adalah berstruktur dan berdasarkan prinsip pelaburan yang bijak. Wang anda akan diurus oleh pengurus dana berpengalaman, arif serta mempunyai kepakaran dalam menjalankan penyelidikan meluas dalam mencari peluang pelaburan. Bagi yang tiada masa untuk mengawasi dan mengurus pelaburan sendiri, serahkan segala kebimbangan itu kepada pengurus yang pakar agar anda boleh tidur dengan lena.


3) CAIR

Unit Amanah membenarkan anda membeli dan menjual pelaburan anda dengan senang dan dengan pergelutan minimum. Para pelabur akan menerima hasil penebusan mereka dalam tempoh 10 hari.

Jika anda ingin menjual rumah kerana memerlukan duit segera, anda perlu mengambil masa yang lama untuk mencari pembeli dan juga terpaksa melalui proses penjualan yang agak panjang. Kalau di bursa saham pula, anda perlu melantik broker dan menunggu pembeli membeli saham anda (dan sudah pasti melibatkan kos yang tinggi). Dalam unit amanah, syarikat pengurusan bersedia membeli semua atau sebahagian unit yang ingin anda jual pada bila-bila masa.


4) MUDAH

Pelaburan diuruskan oleh Pengurus Dana Profesional. Jadi pelabur tidak perlu menganalisis, menilai dan menguruskan pelaburan mereka.


5) MAMPU 

Anda boleh memulakan pelaburan anda dengan hanya RM1,000 dan dan pelaburan tambahan minima sebanyak RM100 sebulan (samada membuat penambahan pelaburan sendiri di kaunter Public Bank atau boleh juga membuat DDI- Direct Debit Instruction (potongan secara terus dari akaun bank anda).


6) PERTUMBUHAN MODAL


Unit amanah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan/atau aliran pendapatan sebagai pulangan pelaburan anda.




7) JAMINAN PENGAWALAN


Unit amanah dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti dimana antaranya adalah untuk melindungi kepentingan para pelabur. Juga mempunyai Pemegang Amanah iaitu Amanah Raya Berhad.

Saturday, 18 June 2011

Thursday, 16 June 2011

KENAPA PUBLIC MUTUAL BERHAD?





PEMIMPIN INDUSTRI
  • PUBLIC MUTUAL merupakan pemimpin dan syarikat No.1 dalam industri unit amanah di Malaysia. Ia menguasai bahagian pasaran sebanyak 44.85% dengan RM40.7 bilion dalam nilai aset bersih dana.





PEMENANG ANUGERAH TERBANYAK
  • PUBLIC MUTUAL merupakan pengurus dana unit amanah yang paling banyak menerima anugerah di Malaysia, iaitu lebih daripada 170 anugerah industri sejak tahun 1999. Lebih 90% daripada anugerah yang dimenangi merupakan anugerah untuk prestasi dana cemerlang.

JENAMA YANG KUKUH
  • PUBLIC MUTUAL merupakan pemegang bagi anugerah Platinum Reader's Digest Trusted Brand bagi tahun 2010 dan anugerah Emas dari tahun 2006 hingga 2009. Kami juga memenangi anugerah The BrandLaureate bagi kategori unit amanah untuk lima tahun berturut-turut, ini membuktikan kepercayaan dan keyakinan pelabur- pelabur Malaysia terhadap kami.

 PENGALAMAN LUAS

  •  PUBLIC MUTUAL mempunyai 30 tahun pengalaman dalam pengurusan dana.